Thursday 30 October 2014

AIMAN SAFINA ENTERPRISE



CADAR COTTON PRINTED / PATCHWORK


Cadar cotton yang dijual adalah berkualiti dan 100% cotton. Berat untuk setiap set (super queen) adalah di antara 2.75kg. Cadar cotton ini terdapat dua jenis iaitu printed dan patchwork. Selalunya harga cadar cotton patchwork lebih mahal daripada cadar cotton printed. Cadar super queen juga sesuai digunakan untuk katil bersaiz king sekiranya tilam tidak tebal.

Kelebihan cadar cotton:
  • mudah diurus dan dikemas
  • boleh dibasuh menggunakan mesin basuh
  •  tidak berbulu atau turun warna
  • corak yang berlainan di bahagian depan belakang cadar
  • sesuai untuk dibawa ke mana-mana
  • boleh juga dibuat selimut atau sebagai alas tidur ketika percutian
  • katil akan kelihatan kemas dengan hamparan cadar cotton.
  • sesuai untuk dijadikan sebagai hadiah perkahwinan
 Cadar cotton ini dijual dalam 3 size iaitu 
  • super queen (230cm x 250cm)
  • king (240cm x 260cm)
  • super single (180cm x 220cm) 

 Koleksi-koleksi cadar Aiman Safina Enterprise








Cadar super queen yang dipasang pada katil king

Cadar cotton saiz super queen juga boleh dipasang pada katil king...king yer bukan super king.. hihihi.
dengan syarat ketebalan tilam saiz king tersebut adalah standard. Kalau tilam yg mahal-mahal..yang sampai cecah RM3k plus..plus tu... cadar akan singkat setelah dipasang. Di bawah ni adalah beberapa contoh cadar super queen yang telah dipasang pada katil king. 
(ketebalan tilam adalah standard)



Ni anak saya yg sulung Aina Maisarah dan yang kedua Muhd Iman. Kedua-duanya selalu mengikut saya ke mana saja dalam urusniaga jual beli cadar. Apa yang seronoknya berbiznes cadar ni adalah dapat meluangkan masa bersama anak-anak sambil mengajar kepada anak-anak selok belok perniagaan. Selalunya kaum Cina saja yang praktik semua ni..So saya ambil peluang biznes cadar untuk menanam minat anak-anak di dalam sektor perniagaan. Kat sekolah pun bila cikgu-cikgu tanya "mak kerja apa?" dua-dua akan cakap "mak jual cadar" 
:}


 ni Iman...duduk tersepit di celah stok cadar.


 ni pulak Maisarah..sampai terlena sambil memegang buku cerita. Lena di celah-celah timbunan cadar.

 
 
my little secretary..Aina Maisarah


Pesanan daripada customer Aiman Safina Enterprise. Ada yang dipos dan ada juga yang by hand


Itulah coretan saya mengenai cadar..cadar..cadar..
Selain dari menjual cadar cotton, pelbagai lagi produk yang saya jual...macam-macam ada...

  • Miracle Apricot Seed (MAS)
  •  produk yang berasaskan biji aprikot 100% semulajadi. Saya merupakan Mini Distributor untuk Negeri Perlis






  • Carpet Cotton Printed/Patchwork